Program Sarapan Pagi Bersama Keluraga atau nama lainnya Titian Kasih Kiambang Bertaut adalah merupakan satu program tahunan yang menjadi tradisi bagi sekolah ini. Ianya telah dimulakan pada tahun 1995 dengan tujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan ibubapa, guru- guru dan juga pelajar. Di samping itu program ini dapat memberikan kesedaran kepada ibubapa untuk memberi semangat motivasi kepada anak- anaknya yang akan mengambil peperiksaan SPM dan PMR pada tahun ini. Seterusnya ianya dapat meningkatkan prestasi akademik sekolah.
Tarikh : 30 Ogos 2008
Masa : 7.45 pg --> 12.30 tgh
Tempat : Dataran Kejat SMK Adela