Selasa, 5 Ogos 2008

Ekspedisi Berbasikal SEMEKA ke Tg. Belungkor


Sempena sambutan Jubli Perak SMK Adela, Pihak Kakitangan SMK Adela telah menganjurkan satu Program Berbasikal ke Tg. Belungkor berkerjasama dengan Lembaga Pelabuhan Johor serta Jabatan Imegresen Johor .Program ini bertujuan mengeratkan siratulrahim bersama penduduk Gugusan Adela dengan Kakitangan SMK Adela.Penyertaan terbuka kepada semua ahli gugusan Adela dan guru serta staf SMK Adela.Cuma perlu mempunyai sebuah basikal dan yuran peryertaan RM 5.00 seorang.Program ini akan berlangsung pada 10 Ogos 2008, pukul 7.00pg.Untuk keterangan Lanjut sila hubungi EN. Misran (019-7422101) atau En. Razman (019-7156959).Di harap ekspedisi berbasikal ke Tg. Belungkor dirahmati tuhan.