Jumaat, 2 Januari 2009

SELAMAT DATANG KE SESI PERSEKOLAHAN 2009


Bermula 1hb Januari semua warga SMK Adela, bersiap sedia untuk memulakan sese persekolahan yang baru. Dengan semangat dan tekad.Pada tarikh itu juga , pendaftaran untuk pelajar tingkatan satu di adakan di dewan Sri SEMEKAR.Pada tahun ini hanzya seramai 181 orang pelajar tingkatan 1 berdaftar. Semoga kehadiran pelajar baru ini memangkin lagi prestasi SMK Adela.Insyaaallah.......Semoga SMK Adela sentiasa maju dan cemerlang.Seperti Visinya iaitu SMK Adela cemerlang padatahun 2010.
* Jika ingin melihat sekitar pendaftaran sesi 2009..sila kilik pada Gambar Kenangan SMK Adela iaitu gambar persekolahan 2009.

Ahad, 16 November 2008

CUTI SEKOLAH BERMULA


Pada 15 Nov 2008 cuti persekolahan sesi 2008 bermula. Para pelajar dapat beristirehat setelah selama setahun berkerja keras belajar. Tetapi diharapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru semasa cuti sekolah ini dapat disiapkan dengan baik. Semoga kita akan berjumpa lagi pada sesi persekolah 2009. Diharap semoga anda beristirehat bersama keluarga dan jangan ada cacat celanya dimasa hadapan.SELAMAT BERCUTI dari warga guru dan kakitangan SEMEKA


TARIKH -TARIKH PENTING GURU SMK ADELA




Sila Ambil Perhatian




30 Disember 2008: Mesyuarat Pertama tahun 2009(Semua Guru)

31 Disember 2008: Mesyuarat Kurikulum

1 januari 2009: Mesyuarat HEM

2 Januari 2009: Mesyuarat Korikulum

5 Januari 2009: Pendaftaran Pelajar Ting 1-6 SMK Adela

6-10 Januari 2009: Mesyuarat Panatia

Sila Masukkan tarikh-tarikh berikut didalam diari anda. Diharap kerjasama anda pemangkin kemajuan sekolah dimasa hadapan. Cemerlang SMK Adela.

PEPERIKSAAN SPM 2008

PEPERIKSAAN AWAM SPM DAN STPM 2008
TEMPAT : SMK ADELA
TARIKH: 11 NOV HINGGA 4 DIS 2008
Seramai 250 orang calon peperiksaan SPM dan 22 calon STPM ,SMK Adela menduduki peperiksaan. Diharap pada tahun ini para pelajar dapat mencapai cita-cita serta visi sekolah yang ingin melihat SMK Adela menjadi sekolah cemerlang pada tahun 2010. Semoga cita -cita ini terlaksana. Bersama- sama kita berdoa agar kerjayaan akan mendatang.

MALAM ANUGERAH BINTANG

PROGRAM: MALAM ANUGERAH BINTANG SEMEKA
TARIKH: 5 NOV 2008
MASA 7.45 MLM
Majlis anugerah bintang SEMEKA kali ke-2 telah berlangsung di Dewan Sri Semekar dengan kehadiran para tetamu mahupun ahli PIBG. Anugerah ini diadakan atas menghargai jasa dan semangat pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Beberapa kategori telah dipertandingankan. Antara kategori yang dipertandingankan adalah Kelab teraktif, Persatuan terbaik dan Olahrawanserta olahragawati. Berikut adalah senarai pemenang yang berjaya membawa balik piala.
1.Kelab Teraktif : Kelab Bola Sepak
2.Kelab Sukan Terbaik: Kelab Sepak Takraw
3.Olahragawan : Adik Mohammad Jamaluddin Supian
4.Olahragawati: Adik Nurul Hazurah Asyikin Selamat
5.Bintang Harapan (L): Adik Muhammad Hamirul Abd Wahab
6.Bintang Harapan (P): Adik Norhanina hasri
7.Bintang Permata : Adik Muahmmad Hatta RAzak
8. Bintang Berlian: Adik Saadah Awanis Abdul RAsid
9. Kelab bukan Sukan Teraktif: Pertina / Matematik Tambahan
10.Kelab bukan Sukan Terbaik: Kelab Kerjaya
11.Sinar Mutiara: Kelab Sains dan Matematik
12.Kembara warisan: Kelab Ghazal
13. Unit Uniform Teraktif: Pasukan Polis
14. Unit Uniform Terbaik: Pasukan KRS
15Kem Komander Terbaik: Adik Azwa Ashikin Suliman
16. Bintang Harapan: Adik Noor Sahkinah Mat Sah
17. Seri Jasa Terbilang: Adik Mohd Azizul Ehsan
18.Seri Perdana Gemilang (L): Adik Mohd Solehuddin Uyob
19. Seri Perdana Gemilang (P): Adik Norlila Abd Jalil
Di harap kerjayaan meraka pemangkin generasi akan datang. Semoga program ini diteruskan dimasa hadapan dengan jayanya.

PEPERIKSAAN PMR 2008

PEPERIKSAAN PMR 2008
TARIKH: 11 OKTOBER 2008
TEMPAT: SMK ADELA

Peperiksaan awam PMR tahun 2008 telah berlangsung di SMK Adela, dengan 232 calon mengambil peperisaan. 8 subjek telah di ambil calon iaitu BM, BI, Matematik, Pend.Islam, Sejarah, Geografi, KH,Sains .Di harap pada tahun ini pelajar SEMEKA bersama -sama menjadikan sekolah ini salah satu sekolah yang cemerlang. Bersama kita berdoa, semoga kejayaan akan mendatang.

Solat Hajat Perdana






Tarikh :9 Oktober 2008 (Khamis)
Masa: 6.45 mlm



MUQADDIMAH
Kita dituntut melaksanakan solat-solat sunat bagi mendekatkan diri kepada Allah S.W.T di samping memohon kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat. Oleh yang demikian, program solat hajat dan munajat diadakan bagi kita berdoa mengharapkan kejayaan calon-calon PMR, SPM DAN STPM SMK Adela 2008. Semoga Allah memakbulkan doa kita semua.

MATLAMAT
Melahirkan pelajar yang bertaqwa dan cemerlang dalam kehidupan mereka sebagai pelajar serta menanamkan sifat tawakkal dalam jiwa setelah berusaha sedaya upaya.

OBJEKTIF
1. Memohon dan bermunajat kepada Allah agar calon PMR, SPM
dan STPM pada tahun ini mendapat kejayaan yang cemerlang.
2. Merapatkan hubungan silaturrahim diantara ibu bapa dan
warga SMK Adela.
3. Menyampaikan maklumat penting kepada para ibu bapa, dan
calon peperiksaan sebelum menghadapi peperiksaan.