Ahad, 16 November 2008

Solat Hajat Perdana






Tarikh :9 Oktober 2008 (Khamis)
Masa: 6.45 mlm



MUQADDIMAH
Kita dituntut melaksanakan solat-solat sunat bagi mendekatkan diri kepada Allah S.W.T di samping memohon kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat. Oleh yang demikian, program solat hajat dan munajat diadakan bagi kita berdoa mengharapkan kejayaan calon-calon PMR, SPM DAN STPM SMK Adela 2008. Semoga Allah memakbulkan doa kita semua.

MATLAMAT
Melahirkan pelajar yang bertaqwa dan cemerlang dalam kehidupan mereka sebagai pelajar serta menanamkan sifat tawakkal dalam jiwa setelah berusaha sedaya upaya.

OBJEKTIF
1. Memohon dan bermunajat kepada Allah agar calon PMR, SPM
dan STPM pada tahun ini mendapat kejayaan yang cemerlang.
2. Merapatkan hubungan silaturrahim diantara ibu bapa dan
warga SMK Adela.
3. Menyampaikan maklumat penting kepada para ibu bapa, dan
calon peperiksaan sebelum menghadapi peperiksaan.