Selasa, 29 Julai 2008

Karnival Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Sebuah lagi program peringkat Daerah Kota Tinggi berlangsung di SMK Adela. SMK Adela di beri penghormatan menganjurkan satu Karnival Sivik dan Kewarganegaraan. Karnival Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan program panitia sivik peringkat Daerah Kota Tinggi 2008. Di antara pertandingan yang di jalankan adalah Kuiz, Buku Skrap, Lukisan Poster Pemimpin Negara dan Lagu Patriotik. Melalui karnival ini pelajar akan dapat menguji kemampuan dan bakat masing -masing di dalam pertandingan yang dijalankan.Semoga karnival ini berjaya dan terlaksana dengan jayanya.


Tarikh: 31 Julai 2008

Tempat: Dewan Seri Semekar

Masa: 8.00 pg hingga 2.30 ptg

Jumaat, 18 Julai 2008

MAJLIS ALUMNI SMK ADELA



Perhatian Kepada bekas pelajar SMK Adela. SMK Adela akan mengadakan Sambutan Jubli Perak sempena ulang tahun penubuhan. Sehubungan dengan itu Warga SMK Adela telah menubuhkan Majlis Alumni SMK Adela. Sesiapa yang berminat ingin menjadi ahli Alumni SMK Adela sila berhubung dengan Kaunselor iaitu Pn Noraini bt Jamal (0197065930) atau terus datang ke pejabat Sekolah.

Khamis, 17 Julai 2008

SMK ADELA MENYAMBUT JUBLI PERAK


SAMBUTAN JUBLI PERAK [25 TAHUN PENUBUHAN SMK ADELA]

Program murni ini SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN SEMEKA yang dianjurkan SMK Adela dengan kerjasama pihak pengurusan felda, masyarakat Gugusan Adela dan semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak bertujuan untuk mengingatkan sejarah pembukaan sekolah hinggalah sekarang. Disamping menghargai jasa dan bakti guru-guru khususnya pentadbir yang menjana organisasi SEMEKA hingga dapat melahirkan anak didik cemerlang dalam akademik, pembangunan insan dan kokurikulum.Di harap bekas warga SMK Adela dapat menyertai dan mengambil bahagian untuk menjayaan program ini.

JADUAL HARI JUMAAT[25 JULAI 2008]

MASA PROGRAM

7.30pg Yassin & Tahlil Sempena Sambutan Jubli Perak
3.00 ptg Pendaftaran Kem Bina Insan
Pameran Kerjaya IPTA/IPTS
Pameran Badan Luar
9.00mlm Kem Bina Insan/Ceramah Motivasi Pelajar Tingkatan 3

JADUAL HARI SABTU [26 JULAI 2008]

MASA AKTIVITI

8.30 -10.30 pg Ceramah Keibubapaan
Peranan Ibubapa Dalam Membentuk Kecemerlangan Anak
Oleh Tuan Haji sakijan bin Muri

Persembahan Ghazal

9.00-10.30 pg -Pendaftaran Pertandingan Melukis dan Mewarna
-Pertandingan Mewarna Pelajar PRA dan Tadika
-Pertandingan Melukis Poster Sekolah Rendah & Sekolah Menengah
-Pertandingan gubahan & masakan

11.00 pg -Majlis Perasmian Program oleh
Tn. Hj Supaat b. Tumin (Tuan Pengarah JPNJ)
-Persembahan Multimedia
- -Penyerahan Bantuan Pakaian Seragam bagi Unit Beruniform

2.30ptg Pertandingan sukan
– Futsal
- Badminton
- Sepak
- takraw
- Bola Jaring
- Bola Tampar

Sukaneka Peneroka

9.00mlm Majlis Bersama Alumni
Malam Kebudayaan
Persembahan Pelajar dan mantan Pelajar SEMEKA
Ghazal
Nasyid
Zapin
Sajak
Lagu Patriotik
Pentomin / Sketsa

JADUAL HARI AHAD [27 JULAI 2008]

MASA PROGRAM
7.30 pg - Senamrobik
-Jogathon
- Pertandingan Sukan Separuh Akhir dan Akhir
- Sukaneka
-Persembahan Reka cipta Sains
11.00pg -Persembahan Kawad kaki
-Penyampaian Hadiah
-Persembahan Pancaragam
-Pameran Zoo Bergerak

Khamis, 3 Julai 2008

HARI DISKUSI AKADEMIK

Hari diskusi Akademik merupakan perbincangan antara ibubapa dan guru-guru berkenaan prestasi akademik dan sahsiah pelajar. Program ini juga diperkenalkan bertujuan untuk menjemput ibubapa hadir ke sekolah berjumpa dan berbincang dengan guru-guru bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar khususnya dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM

Hari : JumaaT ( 27 Jun 2008)
Tempat : Dewan Sri Semekar SMK Adela.